HEM


DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 
SMK TINGGI ST DAVID , MELAKA

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan  bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian keluarga, masyarakat dan negara.
                                                               
MATLAMAT SEKOLAH

Mendidik pelajar-pelajar melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat dan warganegara Malaysia yang:
·         berpegetahuan
·         berpengalaman
·         bertanggungjawab dan berkebolehan bagi mencapai taraf hidup yang lebih baik
·         mewujudkan masyarakat yang taat setia
·         berdisiplin,bermoral dan bersatu selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara


MISI  SEKOLAH


Membentuk Murid Berkualiti Melalui Pendidikan Holistik
                                                         
VISI

Murid Cemerlang St. David Gemilang


MOTTO SEKOLAH

Kebenaran Dan Kehormatan
(Truth And Honour)



 PANDUAN PENGURUSAN UNIT HEM

1.0  PENGURUSAN KELAS/BILIK DARJAH

 1.1 Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)

1.1.1 Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan.
1.1.2 Tandakan BJKM pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 9.00pagi.
·         Murid dikira tidak hadir ke sekolah sekiranya berada kurang daripada 3 waktu
PdP dalam bilik darjah
·         Murid yang tidak hadir ke sekolah diwajibkan menghantar surat sakit (MC) / surat
makluman daripada ibu bapa
1.1.3 Tandakan BJKM seperti berikut:
§  Tandakan “/” sekiranya murid hadir.
§  Tandakan “O” sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab.
§  Tandakan “S” dalam bulatan sekiranya tidak hadir bersebab
(surat   pengesahan daripada ibu bapa/penjaga atau sijil sakit).
§  Tandakan “L” dalam bulatan sekiranya murid lewat sekolah
(dikira hadir).
§  Tandakan “W” dalam bulatan sekiranya murid mewakili sekolah
(dikira hadir).
§  Tandakan “G” dalam bulatan sekiranya murid digantung persekolahan (dikira tidak hadir).
                     Elakkan budaya comot. Cecair pemadam tidak boleh digunakan.Segala kesilapan
                     hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas.

1.1.4 Semua BJKM hendaklah dihantar ke pejabat sekolah selewat-lewatnya pada
         jam 9.00 pagi setiap hari persekolahan.
         Ketua Kelas dikehendaki mengisi slip kehadiran murid serta dihantar ke pejabat sekolah
         sebelum jam 9.00 pagi.         
1.1.5 BJKM hendaklah ditutup pada setiap akhir bulan atau mengikut kesesuaian.
1.1.6 BJKM akan disemak oleh GPK HEM pada setiap bulan.
  

1.2  Fail Kelas Guru Tingkatan

1.2.1 Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu bapa/penjaga bagi
         memaklumkan ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini.
1.2.2 Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah yang    
         dikeluarkan juga disimpan dalam fail ini.
1.2.3 Fail kelas akan disemak pada setiap akhir bulan oleh penyelaras Jadual Kedatangan  Murid.          

1.3  Pendaftaran Murid Baru

1.3.1 Penyelaras tingkatan akan menyemak semula status kewarganegaraan murid sebelum
         urusan mendaftar dilakukan.Mendaftarkan murid baru dengan memastikan Borang Maklumat Murid (Borang SMM) dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga. Jika murid
         membawa bersama SMM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat
         adalah lengkap dan terkini.
1.3.2 Guru tingkatan menerima murid baru daripada penyelaras tingkatan. (Status
         kewarganegaraan telah dikenal pasti oleh penyelaras tingkatan terlebih dahulu).
1.5.3 Guru Tingkatan akan memasukkan data pelajar-pelajar baru dan mengemaskini data
         kelas SMM secara online.        
1.5.4 Guru tingkatan menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa
         dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.
1.5.5 Guru tingkatan mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan memaklumkan kepada
         GPK HEM.
1.5.6 Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika anak yatim/pelajar miskin dan
         memaklumkan kepada GPK HEM/ Guru Biasiswa
1.5.7 GPK HEM mendapatkan laporan disiplin, PLBS/ULBS, PEKA, Folio KH, PAFA, dll
         berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu.

1.6 Buku Teks

1.6.1 Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT.
1.6.2 Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan pemulangan
         buku teks.
1.6.3 Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku
         teks.
1.6.4 Guru tingkatan memastikan setiap murid membalut buku teks dengan plastik lutsinar,
         nama serta kelas dan murid yang tidak balut buku akan diminta membeli pembalut
         buku dalam ’Ops Balut’. Guru tingkatan juga perlu mengingatkan semua murid agar
         tidak meninggalkan buku teks di sekolah.
1.6.5 Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat -lewatnya pada minggu pertama
         Sesi persekolahan.

 1.7 Murid Keluar/Bertukar/Berpindah

1.7.1 Mempastikan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
1.7.2 Mencatatkan maklumat/butiran dalam BJKM kelas.
1.7.3 Pertukaran keluar dari Negeri Melaka
• Menentukan semua buku teks telah dipulangkan.
• Merekodkan judul buku yang dipulangkan.( Sila guna borang khas SPBT)
• Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.
1.7.4 Pertukaran dalam Negeri Melaka
• Merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru.( Sila guna borang khas)   
• Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.
1.7.5 Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti Sekolah bagi murid murid yang akan
         melanjutkan pelajaran ke SBP ,MRSM dan Sekolah Teknik.
1.7.6 Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti dan Surat Akuan Murid bagi murid –murid
         Tingkatan 5 dan PraU2 yang tamat belajar di SMKTSD .
1.7.7 Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan diserahkan
         kepada murid berkenaaan pada hari akhir persekolahan. ( bergantung kepada
         keadaan ).

1.8 Pengurusan & Organisasi Kelas:

1.8.1 Melantik Ketua kelas dan penolong ketua kelas bagi setiap Kelas:
1.8.2 Menyelaras penyediaan perkara berikut:
 • Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas
             • Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan hadapan Kelas
 • Jadual Tugas Kebersihan – ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas.
 • Pelan kedudukan kelas – ditampal di atas meja Guru
 • Papan kenyataan – ditampal dengan maklumat
 • Moto kelas – ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas.
 • Misi & Visi Sekolah, Misi & Visi KPM, Piagam Pelanggan, Moto Sekolah, PIPP  
   ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas.
 • Sudut Program Pencegahan Dadah
 • Sudut Bacaan Kelas
 • Maklumat mata pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa – ditampal pada
   papan kenyataan di belakang kelas.
 • Alatan pembersihan
 • Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran.

1.8.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih.

1.8.4 Memastikan semua kerusi dan meja mencukupi.

1.8.5 Menggantikan dan membawa turun mana-mana perabot yang rosak.

1.8.6 Kebersihan kelas:
 • Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Setiap guru yang masuk
   ke kelas  mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur
   sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari
   kelas berkenaan.
 • Memastikan sampah di dalam laci dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir
   setiap hari. 5 minit sebelum berakhir P&P, murid bertugas mesti membersihkan
   kelas di bawah  penyeliaan guru. Semua murid menyendengkan kerusi ke meja.
   Menutup lampu dan kipas  serta pintu sebelum meninggalkan kelas. Memastikan
   pintu kelas dikunci.

1.8.7 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab
         pihak kelas untuk menggantikannya jika hilang atau rosak.
1.8.8 Mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
 • Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik
   dan  selamat digunakan.
 • Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaaan
  (Guru Perabot/Guru Pembangunan).
 • Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas
   dengan cekap dan penuh dedikasi.
 • Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannnya terpulang kepada budi
   bicara guru dan kemampuan murid. (Diputuskan dalam mesyuarat kelas dan
   diminitkan. Satu salinan Minit Mesyuarat kelas hendaklah diserahkan kepada PK
   HEM selewat- lewatnya pada  minggu pertama). Tabung kelas ini perlu diwujudkan
   untuk tujuan berikut:
            • Bahan-bahan keceriaan kelas.        
• Tabung kelas/Jamuan akhir tahun, dan lain-lain.

1.9 Senarai Nama Murid Dalam Kelas (Awal Tahun)
1.9.1 Menyediakan senarai tersebut mengikut format yang disediakan.Serahkan senarai ini
         kepada Penyelaras Tingkatan pada Minggu 1 sesi persekolahan

1.10 Senarai Nama Murid Yang Tidak Melaporkan Diri/Tidak Hadir Tanpa Sebab
1.10.1 Menulis  senarai nama murid yang tidak melaporkan diri.Kumpulan murid ini
           adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah sejak hari pertama persekolahan sesi
           2015, tanpa sebarang surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit.
1.10.2 Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng sekolah dan
           surat buang sekolah kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang telah
           ditetapkan




2.0 PENGURUSAN DISIPLIN

2.1 Ponteng Sekolah
2.1.1 Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak
         membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
2.1.2 Guru tingkatan hendaklah menandakan “0” dalam buku BJKM kelas
        (sila rujuk Nota 1.1.3).
2.1.3 Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:

Tindakan
Ponteng Berterusan
Ponteng
Berkala/Tidak Berurutan
   Amaran 1

          ● 3 hari berturut-turut
         ● 10 hari

Amaran 2
● 7 hari selepas
Surat Amaran 1
● 10 hari selepas
Surat Amaran 1
Amaran 3
● 7 hari selepas
Surat Amaran 2
● 20 hari selepas
Surat Amaran 2
Buang Sekolah
● 14 hari selepas
Surat Amaran 3
● 20 hari selepas
Surat Amaran 3
Jumlah Keseluruhan

31 hari
60 hari

                
2.1.4 Guru tingkatan hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang
         Rekod Ponteng Sekolah. Rekod hantaran surat kepada ibubapa/penjaga
        (dalam fail  kelas).
2.1.5 Semua surat amaran serta surat buang sekolah boleh didapati dari pejabat sekolah.

2.1.6 Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:

Amaran 1
Ditandatangani oleh GPKHEM
Amaran 2
Ditandatangani oleh GPKHEM
Amaran 3
Ditandatangani oleh GPKHEM
Buang Sekolah
Ditandatangani oleh Pengetua

Ă˜  Salinan 1 ( untuk ibu bapa/penjaga)
Ă˜  Salinan 2 ( untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku )
Ă˜  Salinan 3 ( untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru tingkatan)

2.1.7 Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan terus hantar kepada GPKHEM
         untuk tindakan selanjutnya dan ditandatangani oleh Pengetua.
         Nota:
         Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan untuk surat seperti berikut:
Ă˜  AP: Amaran Pertama
Ă˜  AK: Amaran Kedua
Ă˜  AT: Amaran Terakhir
Ă˜  BS: Buang Sekolah

2.1.8 Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan
         berikut hendaklah dipatuhi:
·         Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing.
·         Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing an berjumpa dengan Pengetua/ GPKHEM terlebih dahulu.
·         Selepas Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama – sama ibu bapa/penjaga dan berjumpa dengan pengetua.
·         Tindakan gantung sekolahm-murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat akur janji.
·         Tindakan buang sekolah -Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak JPN.

2.2 Buku Rekod Disiplin Pelajar (BRDP)

2.2.1 Semua guru tingkatan mesti memastikan kelas mereka mempunyai BRPP setiap hari.
2.2.2 Ketua kelas akan mengambil BRDP  pada waktu pagi di pejabat.dan memulangkan 
          BRDP ke pejabat semula selepas tamat sesi persekolahan.
2.2.3 BRDP hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Tingkatan dan diserahkan kepad guru
         yang masuk pada setiap waktu.
2.2.4 Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa
         tersebut.
2.2.5 Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/lambat masuk
         kelas/ponteng kelas semasa guru mengajar.
2.2.6 Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur
         sebelum menandatangani BRPP.
2.2.7 Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan oleh
         guru berkenaan semasa waktunya.Hanya kes-kes berat sahaja perlu dicatatkan dalam
         BRDP untuk tindakan Guru Disiplin pada  keesokan harinya.
        Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan
         dalam BRDP dan terus maklumkan kepada Ketua Guru Disiplin/GPK HEM.
2.2.8 Ketua Guru Disiplin dan guru-guru disiplin  akan menyemak BRDP setiap minggu dan
         mengambil nama murid yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya.  
2.2.9 Penyelaras BKK hendaklah menjaga BKK dengan baik dan sempurna mengikut
         susunan minggu dan bulan dan diserahkan  kepada GPKHEM pada setiap akhir
         semester 1 & 2.

2.3 Pas Keluar
2.3.1 Semua guru hendaklah mendapatkan pas kebenaran keluar daripada pejabat sekolah                  pada awal tahun.
2.3.2 Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan
         sebagainya mesti membawa pas berkenaan.
2.3.3 Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan
         pas daripada guru yang berada di kelas masing-masing.

2.4 Disiplin Murid
2.4.1 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan
         murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
2.4.2 Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid
         itu melakukan kesalahan disiplin.
2.4.3 Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat
         kepada Ketua Guru Disiplin atau GPK HEM.
2.4.4 Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan
         mestllah berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan
         supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati.
         Hukuman berganda(‘double punishment)’ tidak boleh dikenakan kepada murid untuk
         satu salahlaku yang dilakukan.
2.4.5 Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negative guru yang boleh
         menimbulkan prasangka kepada murid.

 2.5 Kawalan/Tanggungjawab Guru
2.5.1 Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap sebagai satu usaha
         bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang
         individu.
2.5.2 Guru hendaklah fahami dan kenali mana-mana murid yang sering menimbulkan
         masalah disiplin dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan
         kerjasama.
2.5.3 Jangan mulakan proses P & P jika murid-murid tidak memberi tumpuan atau sedang
         bising dan bercakap sesama sendiri.
2.5.4 Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid
         lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
2.5.5 Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan
        mengarahkan murid-murid mengemas dan membersihkannya dengan segera.
2.5.6 Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak
        membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-sebabnya
        dan ambil tindakan yang sewajarnya.
2.5.7 Bagi murid-murid yang engkar walaupun telah diberi amaran , hukuman, guru-guru
         boleh memaklumkan kepada Guru disiplin/GPK HEM/ Pengetua untuk menjalankan
         tindakan yang seterusnya.
         
         2.6 Dasar Umum Disiplin
2.6.1 Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada
         setiap hari.
2.6.2 Setiap murid wajib memiliki buku nota dan wajib dibawa bersama sewaktu
         perhimpunan.
2.6.3 Pada awal tahun permulaan sesi persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan
         penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang
         dikuatkuasakan jika melanggar peraturan melalui perhimpunan rasmi sekolah.

2.6.4 Pemeriksaan Gempar/Spot Check
2.6.4.1 Pemeriksaan Gempar/sport check boleh dijalankan dari semasa ke semasa
               ke atas murid semasa berada di bilik kelas atau tapak perhimpunan atas arahan
               pihak pentadbir.
 2.6.4.2 Guru disiplin/guru bertugas bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran
    dengan bantuan pengawas akan menjalankan sport check dengan disaksikan oleh
    murid berkenaan.
2.6.4.3 Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod
   oleh guru berkaitan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang
   disimpan di dalam almari di bilik GPK HEM.
2.6.4.4 Barang larangan akan disimpan di dalam bilik GPK HEM.
2.6.4.5 Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik
   oleh ibu bapa/penjaga murid selepas berjumpa dengan GPK HEM dan
   menandatangani surat akurjanji .
2.6.4.6 Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan
   setelah dibawa mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG.
2.6.4.7 Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-
   murid.

      2.7 Kaedah Mengatasi Disiplin
2.7.1 Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:
        -semua guru
        -kelas-kelas(untuk ditampal)
        -bilik-bilik khas
2.7.2 Guru mata pelajaran / guru kelas
        -rekod kesalahan murid di buku kawalan kelas
        -Guru Disiplin akan kumpulkan
        -Guru Disiplin bawa ke mesyuarat disiplin ikut keperluan.
2.7.3 Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan:
        -Kedatangan penuh
        -2 kali setahun
        -Kerap ponteng 2 bulan sekali ( oleh guru penyelaras)
2.7.4 Sijil Sifar Ponteng
       -Kelas yang Berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil setiap bulan.
        Walaupun tidak hadir, ianya mesti bersebab.
       -Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan anugerah pada akhir
        tahun.

      2.8 Pengurusan Perhimpunan
2.8.1 Perhimpunan rasmi akan dijalankan pada setiap hari Isnin.        
2.8.2 Diuruskan oleh pengawas sekolah dan guru pengawas dan dipantau oleh Ketua Guru
         Disiplin dan guru disiplin.
2.8.3 Guru dan murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan kecuali sedang
         bertugas atau dengan kebenaran.
2.8.4 Perhimpunan perlulah ringkas dan padat.
2.8.5 Oleh itu, pengumuman berkaitan Persatuan/Kelab,Badan beruniform dan Permainan
         perlu dibuat di papan kenyataan masing-masing.


3.0 DASAR AM KEBAJIKAN MURID

     3.1 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
3.1.1 Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya
         Minggu pertama sesi baru persekolahan.
3.1.2 Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama
        (Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17Mac 2008).
3.1.4 Guru Tingkatan mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut
         kemas dan ditulis nama.
3.1.5 Guru tingkatan juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar
         sekolah di luar  Melaka  memulangkan semula buku SPBT tersebut dengan
         mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
3.1.6 Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut
         tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.


  3.2 Pengurusan Biasiswa
3.2.1 Guru-guru biasiswa mestilah memastikan murid yang berjaya menerima surat tawaran
         dan membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional. Guru-guru tingkatan juga
         boleh meminta mana-mana murid yang layak untuk memohon biasiswa.
3.2.2 Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa dan
         pengeluaran wang yang dibuat mestilah dikawal agar tidak disalahgunakan oleh murid
         berkenaan. Ibubapa atau penjaga dilarang sama sekali mengambil buku akaun murid.
         Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Jika mendapat lebih
         daripada satu biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak penaja.
3.2.3 Guru Tingkatan /Guru Biasiswa berkenaan mestilah mengenalpasti jika ada murid-
         murid baru terutamanya murid tingkatan satu yang pernah menerima biasiswa /bantuan               semasa mereka di sekolah rendah.
3.2.4 Walaupun murid-murid berkenaan pernah menerima bantuan, mereka mesti
        memperbaharuhi permohonan mereka semasa di sekolah menengah dengan mengisi
        borang permohonan.
3.2.5 Guru Tingkatan mesti memastikan bahawa murid-murid berkenaan dapat   
        menyumbang semula bantuan yang diterima dengan menyerahkan borang
        permohonan mereka yang lengkap kepada Guru Biasiswa berkenaan.
3.2.6 Guru Tingkatan juga boleh mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang
        bantuan yang lain dan menyalurkan kepada pihak PIBG terutama pendapatan ibubapa/
        penjaga kurang daripada RM1000 sebulan..
3.2.7 Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima biasiswa.
3.2.8 Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima biasiswa.

3.3 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
3.3.1 Kaunselor  mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat
         murid terhadap akademik di samping membantu serta membimbing murid
         menyelesaikan sendiri masalah emosi- sosial yang dihadapinya.
3.3.2 Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi
         memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh
         didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja.
3.3.3 Kaunselor boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan
         saranan sama ada secara individu atau kelompok.
3.3.4 Kaunselor  juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang,
         mengelola dan menjalankan program-program motivasi, kepimpinan, akademik dan
         kemahiran-kemahiran belajar kepada pada murid.
3.3.5 Kaunselor harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka,
         terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA
         atau IPTS.
3.3.6 Kaunselor mestilah mengatur masa untuk member khidmat kaunseling
         kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi
         murid yang telah digantung/dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi
         kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan laporannya dihantar kepada PK
         HEM setiap bulan.
3.3.7 Guru Disiplin mahupun Guru Tingkatan boleh merujuk kepada kaunselor tentang
         murid yang memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi
         masalah disiplin.

3.4 Kebajikan murid
3.4.1 Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai bilangan anak yatim atau
         murid yang terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini dapat
         diberikan bantuan. Sila dapatkan maklumat ini pada minggu pertama sesi persekolahan
         dan isi borang maklumat berkenaan. Serahkan borang tersebut kepada Penyelaras
         Tingkatan untuk rujukan  GPK HEM
3.4.2 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada GPK HEM sekiranya ada di kalangan
         muridnya yang menghidap penyakit denggi atau penyakit mudharat yang lain atau
         murid yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.
3.4.3 Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku kematian/bencana seperti
         kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri sendiri.








4.0 DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

 4.1 Rekod Kesihatan Murid

4.1.1 Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod
         Kesihatan.
4.1.2 Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di sekolah rendah
         lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah.
4.1.3 Jika Guru Tingkatan mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku
         tersebut, sila dapatkan daripada koperasi sekolah..
4.1.4 Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan
         apabila pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi ATT (untuk
         Tingkatan Tiga sahaja) diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan.
4.1.5 Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan
         disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan.


4.2 Kad Pergigian Murid

4.2.1 Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun,
         terutamanya kepada murid-murid Tingkatan Satu.
4.2.2 Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga
         murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap
         anak / anak jagaannya.
            4.2.3 Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan
                     pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan
                     Kesihatan berkenaan.

4.3 Surat Rawatan Murid

4.3.1 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada murid bahawa mereka boleh
         mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
4.3.2 Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana-mana Penolong
         Kanan.
4.3.3 Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-
         mana hospital atau klinik kerajaan.

 4.4 Murid Sakit

4.4.1 Guru Tingkatan/guru subjek mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya
         yang sakit atau kurang sihat pada hari tersebut.
 4.4.2 Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru Bertugas atau Guru
          Tingkatan boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya di
          sekolah.
 4.4.3 Guru Bertugas atau Guru Tingkatan tidak boleh membenarkan murid berkenaan
          pulang sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah.           
          Sekiranya ibubapa/ penjaga masih tidak dapat mengambil, murid tersebut perlu balik
          semula ke kelas. 
4.4.5 Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, guru bertugas mestilah
          menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid berkenaan ke klinik atau
          hospital terdekat atau ke rumah murid berkenaan.
 4.4.6 Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam
          Buku Laporan Bertugas dan mengisi borang kebenaran Keluar Murid.


4.5 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah

4.5.1 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri,
         kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas,bangunan dan kawasan sekolah.
4.5.2 Guru-guru Tingkatan mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya
         menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing - masing.  
4.5.3 Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas
         mereka agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan
         membantu dalam proses P & P.
4.5.4 Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab memastikan kelas mereka dibersihkan pada
         setiap hari iaitu 5 minit sebelum waktu PdP.
4.5.5 Guru-guru waktu akhir bertanggungjawab memastikan kelas atau bilik khas dibersihkan
         sebelum murid keluar.
        

4.6 Kantin Sekolah

4.6.1 Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin
         mengamalkan kebersihan dalam penyediaan,penjualan dan menjaga seluruh kawasan
         kantin.
4.6.2 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM dengan menyemak
         Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN.
4.6.3 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau pentadbir lain jika
         berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah.
4.6.4 Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan murid-murid supaya mengamalkan
         pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada
         penjual di luar kawasan sekolah.
4.6.5 Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti berada di kantin bersama-sama
         pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.
4.6.6 Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti memastikan murid menepati masa
         untuk beredar dari kantin dan masuk kelas apabila loceng dibunyikan.
4.6.7 Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali
         dengan kebenaran khas.
4.6.8 Penggunaan pinggan dan cawan perlu dimasukkan dalam besen yang disediakan.

4.7 Kebersihan Kelas

4.7.1 Murid mesti membersihkan kelas sebelum waktu pertama dan waktu terakhir.
4.7.2 Guru mata pelajaran memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk
         waktu terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan dan menyediakan laporan untuk
         makluman.
4.7.3 Guru bertugas harian membuat pemeriksaan setiap hari pada bila – bila masa
         sepanjang minggu bertugas (2 Guru = 2 kali rondaan).
4.7.4 Markah diisi oleh guru bertugas dalam borang pertandingan keceriaan kelas untuk
         menentukan kelas terbersih @ terkotor pada minggu tersebut.
4.7.5 Pengawas sekolah juga boleh membantu untuk  menilai kebersihan kelas.
4.7.7 Guru bertugas akan mengira purata markah menentukan kelas /terkotor mengikut
         mingguan.
4.7.8 Keputusan diumumkan pada hari Isnin.
4.7.9 Kelas terbersih diberi penghargaan dalam bentuk sijil pusingan
4.7.10 Kelas terkotor didenda membersihkan kelas selepas waktu sekolah pada hari yang
           ditetapkan dan diawasi oleh guru tingkatan masing-masing.
4.7.11 Kelas yang mendapat markah tertinggi  sepanjang tahun akan diberi ganjaran
           dalam betuk wang ringgit.


5.0 DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH

5.1 Latihan Kecemasan/Kebakaran
5.1.1 Memastikan bahawa latihan kebakaran (”fire drill”) dijalankan 2 kali setahun.
5.1.2 Mengadakan demonstrasi cara-cara memadam api apabila berlakunya kebakaran kecil.
5.1.3 Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
5.1.4 Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas/bilik khas dengan
         segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas
         atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka.
5.1.5 Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta
         bekalan gas ditutup sebelum keluar.
5.1.6 Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke
         tempat berkumpul.
5.1.7 Guru Tingkatan mestilah mengambil BJKM kelas masing-masing di tempat berkumpul
         dan mengira bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid yang tiada hendaklah
         dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta.

5.2 Polisi Sekolah Selamat
5.2.1 Pihak sekolah mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah:
 I.   Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
 II.  Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
 III. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum.
5.2.2 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan
         setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga
         sekolah.

5.3 Kenderaan Guru dan Murid

5.3.1 Guru-guru dan murid mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah
         dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.
5.3.2 Guru-guru dan murid- murid diingatkan supaya berhati-hati apabila memandu
         kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
5.3.3 Guru-guru hendaklah menasihatkan murid supaya mereka memiliki lesen memandu
         dan insuran kenderaan bermotor bagi mereka yang menggunakan motorsikal ke
         sekolah. (Hanya yang membuat permohonan khas sahaja).
5.3.4 Semua motosikal murid mesti mempunyai pelekat sekolah bagi membolehkan mereka
          meletakkan kenderaan dalam kawasan sekolah.

5.4 Pondok Kawalan Keselamatan
5.4.1 Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka
         mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.
5.4.2 Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin
         berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan
         mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.
5.4.3 Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi carta alir keselamatan yang
         terpapar di pondok kawalan keselamatan sekolah.

5.5 Menangani Bencana
5.5.1 Menyelaras dan membekalkan data sekolah dan murid bila dikehendaki.
5.5.2 Menyediakan maklumat kemudahan yang terdapat di sekolah.
5.5.3 Menggubal dan melaksanakan panduan dan peraturan tindakan penggunaan bantuan
         kemudahan dan tenaga.
5.5.4 Meningkatkan pemahaman bantuan pengurusan bencana alam.
5.5.5 Meningkatkan kesiapsagaan menghadapi bencana di sekolah.