Saturday 31 January 2015

Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2015

SMK Tinggi St. David, Melaka

        Tarikh  :   31 Jan 2015
         Masa   :    8.00pg - 2.00ptg

LAPORAN AKTIVITI KURSUS KEPIMPINAN KELAB/PERSATUAN, SUKAN/PERMAINAN, BADAN BERUNIFORM DAN RUMAH SUKAN
 PERINGKAT SMK (T) ST. DAVID, BUKIT BARU, MELAKA.

Pada 31 Januari 2015, Unit Kokurikulum SMK Tinggi St. David, Melaka telah menjalankan satu program Kursus Kepimpinan yang melibatkan semua Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari unit Kelab/Persatuan, Sukan/Permainan, Badan Beruniform dan Rumah Sukan. Dijangka seramai 228 orang peserta akan menyertai kursus tersebut. Kursus  ini akan berlangsung selama 1 hari yang  akan dijalankan di SMK Tinggi St. David. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sebagai pengisian program tersebut. Majlis penutup dan penyampaian sijil turut diadakan sebagai  mengakhiri program tersebut.Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk memupuk sifat kepimpinan dan akauntabiliti para peserta terhadap diri, rakan, sekolah dan negara. selain itu, melalui aktiviti ini diharapkan pelajar akan dapat memupuk semangat bekerjasama dan disiplin di kalangan murid-murid SMK Tinggi St. David,  melahirkan generasi yang mampu bersaing dan berketrampilan, mewujudkan integrasi kaum antara murid dan guru dan yang paling penting memberi pendedahan kepada murid-murid supaya mempunyai daya tahan dalam menghadapi situasi kecemasan dan kesulitan.
            Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program Kursus Kepimpinan Kelab/Persatuan, Sukan/permainan, Badan/Beruniform dan Rumah Sukan peringkat SMK (T) ST. David adalah seperti berikut :-
  
MASA
AKTIVITI
PELAKSANAAN
8.00 pg
9.00 pg
Pendaftaran peserta

-    Pendaftaran peserta di dewan sekolah berjalan dengan lancar.
-    Peserta yang mengikuti kem kepimpinan  terdiri empat orang wakil bagi setiap Kelab/Persatuan, Sukan/Permainan, Badan Beruniform dan Rumah Sukan.

9.00 pg
 9.30 pg
Taklimat & ‘Ice Breaking’

-    Taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Tan Siew Shong berkenaan kem kepimpinan.
-    En.Tan Chee Tat meneruskan aktiviti dengan membuat pembahagian kumpulan.
-    setiap pelajar diberikan satu penyedut minuman yang telah bertanda dengan nombor kumpulan. Para pelajar akan merujuk nombor tersebut untuk membentuk kumpulan.

9.30 pg
-
11.30 pg
‘Team Building’

-    En. Sasidharan meneruskan aktiviti dengan memberi tugasan secara dalam kumpulan.
-    Aktiviti ini diberikan adalah bertujuan untuk memupuk kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan melalui tugasan yang diberikan.

11.30 pg
-
12.00 pg
Rehat / Sarapan Pagi

12.00 pg
-
1.30 tgh
Bengkel

-pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan:
(1) Pengerusi dan Naib Pengerusi diuruskan oleh En.Tan Chee Tat untuk mempelajari pengucapan awam dan membuat kertas kerja.
(2) Setiausaha diuruskan oleh En.Selvaraja dan Cik Monica Leong untuk mempelajari bagaimana membuat minit mesyuarat, pelaporan dan surat menyurat.
(3) Bendahari diuruskan oleh Pn.Nurul Sabah untuk mempelajari membuat akaun dan kewangan.

1.30 tgh
-
2.30 ptg
Majlis Penutup / makan tengahari

-Majlis penutup disempurnakan oleh Pengetua Smk Tinggi St.David En.Chay Yew Choon dengan menyampaikan sijil kepada semua peserta yang telah mengikut program dengan jayanya.
-pelajar diberikan makan tengahari sebelum bersurai.



            Dengan adanya program ini, diharapkan dapat memupuk minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah khususnya dalam bidang sukan dan permainan. Dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, kejayaan program ini pasti akan dapat memupuk minat murid di sekolah. Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan jayanya walaupan diadakan agar tergesa-gesa dan masa yang diambil untuk merancang aktiviti bagi program ini sangat singkat.

            Untuk tahun akan datang diharap ianya akan dilaksanakan dalam tempoh yang mencukupi dan tidak tergesa-gesa dengan perancangan yang lebih teliti serta terancang. Tempoh untuk menghantar laporan juga harus diambil kira. Peruntukan kewangan telah membantu sedikit sebanyak urusan pelaksanaan program Kursus Kepimpinan Kelab/Persatuan, Sukan/permainan, Badan/Beruniform dan Rumah Sukan yang kan dijalankan kelak.

Dilaporkan oleh :
Cik Zuriana Binti Mat Yunus

Friday 30 January 2015

Pertandingan Ping Pong Kawasan Ayer Keroh Melaka 2015

Tarikh   :   
Tempat  :  

Pencapaian SMK Tinggi St. David, Melaka
        Lelaki bawah 18 Tahun
         Johan            :    Goh Ren Song
        Naib Johan   :   Ng Jian Chen
        Ketiga          :   Goh Ren Han
        Ke Empat     :   Tay Sui Sin

 Perempuan bawah 18 Tahun
Naib Johan : Goh Min Yi

Kesemua pemenang ini akan mewakili Kawasan Ayer Keroh ke Peringkat Negeri pada 10 - 13 Feb 2015


Tahniah diucapkan kepada Guru pembimbing Pn Lian Yoke Peng dan Cik Koh Chian Rou serta semua pemenang.

Program Gotong Royong Membanteras AEDES I

Tarikh   :   30 Jan 2015
Masa   : Ikut Jadual PJPK
Tempat   :  Belakang Blok Tingkatan 3







Terima Kasih
 Kumpulan AJK Gotong Royong AEDES 1
 Bimbingan En Ridhwan Bin Taib
dan
 murid-murid yang terlibat.





Pertandingan MSS Badminton Kawasan Ayer Keroh 2015

Tarikh  :   28~29 Jan 2015
Tempat  :    SMJK Yok Bin.Melaka

Pencapaian SMK Tinggi St. David, Melaka

Keputusan :
Johan Bawah 18 Perempuan -  Naveshini 4S1  

  Tempat Ketiga Bawah 18 Lelaki - Wong Chong Meng 4S3

Kedua-dua pemain ini akan mewakili Kawasan Ayer Keroh ke MSSM Negeri Melaka pada 10-12 Feb 2015 nanti..

Tahniah diucapkan kepada Naveshini dan Wong Chong Meng.

Monday 26 January 2015

Majlis Perlancaran NILAM 2015

Tarikh   :   26 Jan 2015
Masa     :   7.40 pagi - 8.20 pagi
Tempat  :  Tapak Perhimpunan
Puteri bongsu cantik terperi
Minum air tampak berkaca
Demi jaya ilmu dicari
Nadi Ilmu Amalan Membaca
 Perasmian oleh Mr. Chay Yew Choon, Pengetua SMK Tinggi St. David, Melaka.



Penyampaian Fail NILAM kepada Guru-Guru Bahasa






Cermin suasa tersemat di tangan 
Hiasan tersohor dato bahaman
Ilmu di julang demi kejayaan
Amalan membaca gaya wawasan.

Terima kasih Juru Acara Majlis,
 Pn S. Ammuda A/P S.V. Sami


English Workshop
Working Towards Better English
By Mr. Manoj Nandy










 www.examenglish.com


Monday 19 January 2015

Retirements

of Cik Hjh Jamilah Binti Bakar, Mr. Low Kian Chye and Pn Mahani Binti Asaroon
                               Date   :   19 Jan 2015
                              Time   :   7.30am to 8.20 am
                             Venue  :   Assembly Ground