Tarikh : 31 Jan 2015
Masa : 8.00pg - 2.00ptg
LAPORAN AKTIVITI KURSUS KEPIMPINAN KELAB/PERSATUAN,
SUKAN/PERMAINAN, BADAN BERUNIFORM DAN RUMAH SUKAN
PERINGKAT SMK (T) ST. DAVID,
BUKIT BARU, MELAKA.
Pada 31 Januari 2015,
Unit Kokurikulum SMK Tinggi St. David, Melaka telah menjalankan satu program
Kursus Kepimpinan yang melibatkan semua Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha
dan Bendahari unit Kelab/Persatuan, Sukan/Permainan, Badan Beruniform dan Rumah
Sukan. Dijangka seramai 228 orang peserta akan menyertai kursus tersebut.
Kursus ini akan berlangsung selama 1
hari yang akan dijalankan di SMK Tinggi
St. David. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sebagai pengisian program
tersebut. Majlis penutup dan penyampaian sijil turut diadakan sebagai mengakhiri program tersebut.Aktiviti ini
dijalankan adalah bertujuan untuk memupuk sifat kepimpinan dan akauntabiliti
para peserta terhadap diri, rakan, sekolah dan negara. selain itu, melalui
aktiviti ini diharapkan pelajar akan dapat memupuk semangat bekerjasama dan
disiplin di kalangan murid-murid SMK Tinggi St. David, melahirkan generasi
yang mampu bersaing dan berketrampilan, mewujudkan integrasi kaum antara murid
dan guru dan yang paling penting memberi pendedahan kepada murid-murid supaya
mempunyai daya tahan dalam menghadapi situasi kecemasan dan kesulitan.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
sepanjang program Kursus Kepimpinan Kelab/Persatuan, Sukan/permainan,
Badan/Beruniform dan Rumah Sukan peringkat SMK (T) ST. David adalah seperti
berikut :-
MASA
|
AKTIVITI
|
PELAKSANAAN
|
8.00 pg
–
9.00 pg
|
Pendaftaran peserta
|
-
Pendaftaran peserta di dewan
sekolah berjalan dengan lancar.
-
Peserta yang mengikuti kem
kepimpinan terdiri empat orang wakil
bagi setiap Kelab/Persatuan, Sukan/Permainan, Badan Beruniform dan Rumah
Sukan.
|
9.00 pg
–
9.30 pg
|
Taklimat
& ‘Ice Breaking’
|
-
Taklimat ringkas telah
disampaikan oleh En. Tan Siew Shong berkenaan kem kepimpinan.
-
En.Tan Chee Tat meneruskan
aktiviti dengan membuat pembahagian kumpulan.
-
setiap pelajar diberikan satu
penyedut minuman yang telah bertanda dengan nombor kumpulan. Para pelajar
akan merujuk nombor tersebut untuk membentuk kumpulan.
|
9.30 pg
-
11.30 pg
|
‘Team Building’
|
-
En. Sasidharan meneruskan
aktiviti dengan memberi tugasan secara dalam kumpulan.
-
Aktiviti ini diberikan adalah
bertujuan untuk memupuk kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan melalui
tugasan yang diberikan.
|
11.30 pg
-
12.00 pg
|
Rehat / Sarapan Pagi
|
|
12.00 pg
-
1.30 tgh
|
Bengkel
|
-pelajar
dibahagikan kepada tiga kumpulan:
(1) Pengerusi dan
Naib Pengerusi diuruskan oleh En.Tan Chee Tat untuk mempelajari pengucapan
awam dan membuat kertas kerja.
(2) Setiausaha
diuruskan oleh En.Selvaraja dan Cik Monica Leong untuk mempelajari bagaimana
membuat minit mesyuarat, pelaporan dan surat menyurat.
(3) Bendahari
diuruskan oleh Pn.Nurul Sabah untuk mempelajari membuat akaun dan kewangan.
|
1.30 tgh
-
2.30 ptg
|
Majlis Penutup / makan tengahari
|
-Majlis penutup
disempurnakan oleh Pengetua Smk Tinggi St.David En.Chay Yew Choon dengan menyampaikan
sijil kepada semua peserta yang telah mengikut program dengan jayanya.
-pelajar diberikan
makan tengahari sebelum bersurai.
|
Dengan adanya program ini,
diharapkan dapat memupuk minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah khususnya dalam bidang sukan dan permainan. Dengan
kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, kejayaan program ini pasti
akan dapat memupuk minat murid di sekolah. Secara keseluruhannya, program ini
telah berlangsung dengan jayanya walaupan diadakan agar tergesa-gesa dan masa
yang diambil untuk merancang aktiviti bagi program ini sangat singkat.
Untuk tahun akan datang diharap
ianya akan dilaksanakan dalam tempoh yang mencukupi dan tidak tergesa-gesa
dengan perancangan yang lebih teliti serta terancang. Tempoh untuk menghantar
laporan juga harus diambil kira. Peruntukan kewangan telah membantu sedikit
sebanyak urusan pelaksanaan program Kursus Kepimpinan Kelab/Persatuan,
Sukan/permainan, Badan/Beruniform dan Rumah Sukan yang kan dijalankan kelak.
Cik Zuriana Binti Mat Yunus