Masa : 8.00 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan
Ikrar Perkhidmatan Awam
Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami:
- Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;
- Bekerja dengan penuh tanggungjawab;
- Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;
- Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;
- Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara;
- Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan
- Berpegang teguh kepada ajaran agama.
IKRAR INTEGRITI
Kami, rakyat Malaysia yang merdeka dan berwawasan, dengan tulus dan suci hati berikrar, memantap dan memperkukuhkan maruah dan integriti kami, keluarga dan masyarakat, agama, bangsa dan negara kami.
Ke arah itu, kami berikrar :
- Mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang;
- Mematuhi dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara;
- Mempertingkatkan integriti dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan beretika;
- Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk mencegah sebarang perlakuan jenayah, salah laku dan perbuatan tidak berintegriti;
- Menyokong dan bekerjasama bagi mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menggugat integriti masyarakat dan negara; dan
- Membudayakan integriti sebagai amalan hidup harian secara individu dan berpasukan.